Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Ahlan wasahlan wamarhaban bikum. Terima kasih kepada para pelayar terutamanya bakal pengantin yang sudi menjengok blog yang tidak seberapa ini.
Setelah sekian lama menyimpan hajat, akhirnya alhamdulillah dengan izin dan rahmat Allah, saya telah menguatkan tekad dan semangat untuk memulakan perniagaan yang tidak seberapa ini. Ingin saya jelaskan, saya bukanlah seorang peniaga sepenuh masa. Saya adalah seorang ustaz yang bertugas di sebuah sekolah menengah di Negeri Sembilan.
Telah lama saya perhatikan, pengantin-pengantin baru begitu ghairah menjemput para jemputan terdiri dari para sahabat handai, keluarga dan lain-lain untuk turut sama memeriahkan majlis perkahwinan mereka. Tidak salah menjemput kerana Rasulullah SAW sendiri dalam sirahnya memarahi para sahabat yang berkahwin, namun tidak menyebarkan berita gembira tersebut.
Kad kahwin adalah alat yang digunakan untuk menjemput untuk memeriahkan majlis perkahwinan sebelum majlis bermula. Pelbagai design yang hebat-hebat dibuat. Namun, kebanyakan kita terlepas pandang. Ada beberapa perkara dalam kad kahwin yang sepatutnya memeriahkan majlis sebelum majlis bermula, namun akhirnya menjadi beban kepada para jemputan selepas majlis selesai. Apa yang saya maksudkan ialah dengan adanya lafaz dan kalimah Allah dalam "assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh", dalam doa-doa, ayat-ayat suci al-Quran dan sebagainya.
Perlu difahami bahawa setiap kertas atau keratan yang mengandungi kalimah Allah, doa-doa dan ayat-ayat suci al-Quran tidak boleh dibuang sewenang-wenangnya. Pelupusan kalimah Allah serta ayat-ayat al-Quran perlu dilakukan secara beretika dan beradab. Ia perlu dibakar dan abunya dibuang di laut atau di tanam di tempat-tempat yang jarang dilalui oleh orang. Leceh, bukan??
Jadi, jangan membebankan jemputan dan menambah dosa. Hindarkan kelecehan itu. Apa yang paling senang ialah dengan membuat kad kahwin tanpa meletakkan kalimah Allah, doa-doa serta ayat-ayat suci al-Quran. Tidak salah, bukan? Kerana ianya tidak akan mengganggu kemeriahan majlis perkahwinan. Bahkan tidak akan menjadi sebab kepada jemputan untuk tidak menhadiri majlis tersebut.
Hindarkan dosa!! Hindarkan meletak kalimah Allah!! Hindarkan meletak doa-doa!! Hindarkan menghina ayat-ayat suci al-Quran!!
Tempahlah kad kahwin dengan saya.. Insya'Allah, wang anda selamat, dosa dihindari, majlis meriah. Wassalamualaikum warhamtullahi wabaraktuh.
Wan Ali Akbar bin Wan Abdullah
taksabarnakkahwin@gmail.com
013-2718187
No comments:
Post a Comment